Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 19
19 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 18 Mei 2026 – Seorang peserta tempatan telah menyertai Kelas Mahir Foto Minggu 19 bertemakan Content Creation – Asas Penciptaan Kandungan (SEO), Creator Checklist & Idea + Hook yang berlangsung secara dalam talian di NADI Bengoh pada hari Isnin, dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Kelas tersebut memberi pendedahan mengenai asas penciptaan kandungan digital termasuk penggunaan SEO, penyediaan creator checklist, teknik mencari idea kandungan serta penggunaan hook bagi menarik perhatian audiens di platform media sosial.
Program ini bertujuan membantu komuniti setempat meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti dalam penghasilan kandungan, sekali gus membuka peluang baharu dalam bidang kreatif dan pemasaran digital.
Kami berharap kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memperkukuhkan kemahiran penciptaan kandungan digital serta membuka peluang baharu dalam bidang kreatif dan keusahawanan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: